Wednesday, August 17, 2016

Leka




Pernah tak rasa impian dan usaha tak membuahkan hasil?
Pernah tak rasa nak menyerah dan tak mahu lagi berusaha?

Selalu sangat salahkan Tuhan.
Selalu sangat salahkan orang lain.

Cuba lihat diri sendiri. Cari punca.
Kenapa jadi begini jalan hidup?

Cukup ke kita ikut suruhan DIA?
Ada tak perkara mungkar yang kita buat?
Ada tak tabiat yang dibenciNya yang kita sanjung?

Sedar dalam lena. Impian dan angan angan masih disitu.
Di dalam benak hati. Realitinya? Tiada.

Selagi tak berubah. Selagi itu disitu.
Ubah diri sendiri, lihat masalah sendiri.
Cari jalan keluar dan pulang kepadaNYA.

Lambat laun, kau akan sedar dan nampak kekuasaanNYA.
Pokok pangkalnya, selagi hidup tak berpaksikan Tuhan selagi itu kau akan terumbang ambing. Selagi itu kau akan terus berada dilorong kegelapan dan berputus asa lalu menyalahkan TUHAN.



"Seseorang mulia bukan kerana apa yang dimilikinya tapi kerana pengorbanannya untuk memberikan manfaat bagi orang lain.  Jangan kita bercakap tanpa akal dan jangan bekerja tanpa perancangan kerana hasilnya akan kecil dan lebih jauhnya sangkaan. "-nadia

No comments:

Post a Comment